Memilih WordPress hosting Malaysia terbaik untuk laman web pertama anda semestinya tidak semudah yang disangka sekiranya anda tiada latar belakang IT. Melanggan wordpress hosting yang bersesuaian dengan keperluan yang dikehendaki adalah amat penting supaya tidak timbul masalah dikemudian hari. Dalam panduan ringkas ini, kami akan memperincikan cara memilih wordpress hosting dan mengesyorkan beberapa penyedia Malaysia wordpress hosting.
Jenis WordPress Hosting Malaysia
Sebelum anda memilih wordpress hosting yang hendak langgani, adalah lebih penting untuk memahami jenis web hosting yang ditawarkan dipasaran pada masakini. Setelah memahami sifat-sifat hosting ini akan memudahkan didalam membuat keputusan. Jenis-jenis hosting yang perlu diketahui adalah seperti berikut:
Apa itu Hosting Bersama (Shared Hosting)?
Hosting yang dikongsi Bersama (shared hosting) adalah pilihan yang paling murah dan paling popular serta menjadi pilihan bagi seseorang yang baru ingin bermula melanggani web hosting. Dengan hosting bersama, anda akan berkongsi sumber pelayan – memori, kuasa pengkomputeran, dan lain-lain – antara anda dengan pelanggan lain yang menggunakan pelayan (hosting) yang sama.
Kelebihan penyediaan jenis ini adalah bahawa kos tetap rendah untuk anda dan penyedia hosting. Kelemahan utamanya ialah anda akan mendapat ruang yang relatif tidak sama, biasanya pada pelayan jenis generik dengan sumber yang terhad yang anda tidak dapat mengawalnya.
Ini bermaksud bahawa ruang bersama di pelayan boleh dan hanya akan mengambil lokasi anda setakat yang anda langgani sahaja. Apabila laman web anda berkembang dan menjadi lebih popular, mungkin memerlukan lebih banyak sumber daripada yang disediakan oleh penyedia hosting bersama sedia ada. Contoh biasa yang dilihat laman web yang memanfaatkan sebahagian besar perkhidmatan hosting bersama (shared hosting) seperti blog yang mempunyai kadar traffik yang rendah, agensi reka bentuk, laman e-dagang yang bersaiz kecil atau baru bermula, freelancer individu, dan perniagaan kecil yang tidak mempunyai produk banyak .
Apa itu Hosting VPS?
Dengan hosting VPS (Virtual Private Server), partisi akan dialokasikan pada pelayan dengan jumlah memori dan kekuatan pengkomputeran yang dilindungi dan disimpan. Tidak seperti hosting bersama, tidak ada kemungkinan prestasi laman web atau data anda dipengaruhi oleh tuntutan mendadak yang ditempatkan di pelayan dari pengguna lain.
Anda biasanya akan mendapat akses root sepenuhnya ke pelayan jika anda memerlukannya dan lebih banyak kebebasan untuk mengubah beberapa aspek berkaitan prestasi – seperti memori dan penggunaan kuasa (dengan kos tambahan) – seiring dengan berkembangnya perniagaan atau jumlah trafik ke laman web anda.
Ini menjadikan hosting VPS sesuai untuk laman web yang berkembang dengan cepat. Contohnya laman web yang paling sesuai untuk menggunakan hosting VPS termasuklah yang mengharapkan untuk melihat pertumbuhan pesat, perniagaan bersaiz sederhana, atau laman web yang menjalankan aplikasi web yang agak rumit.
Apa itu hosting khusus atau Dedicated Hosting?
Hosting khusus (Dedicated Hosting) adalah pelayan fizikal khusus yang akan ditugaskan untuk menjalankan perisian atau laman web anda – pelbagai memori pelayan dan kuasa pengkomputeran akan tersedia untuk anda, memastikan prestasi tinggi dan berfungsi secara konsisten.
Walaupun ia mungkin terdengar hebat pada mulanya, pelayan khusus biasanya berharga ratusan – beribu-ribu ringgit per bulan untuk dioperasikan, biasanya anda memerlukan pasukan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang cukup luas untuk mengendalikan urusan penyediaan server, pengurusan data storan, ruang memori, pemasangan dan pengurusan firewall dan sebagainya. Ini bagi memastikan hosting sentiasa mempunyai uptime 99% pada setiap masa.
Pada kebiasaannya, dedicated hosting digunakan oleh syarikat yang sudah besar dan mempunyai laman web dengan jumlah trafik sangat tinggi, aplikasi web intensif CPU, atau pangkalan data yang kompleks.
Apakah Cloud Hosting atau Hosting Awan?
Web hosting awan (cloud hosting) adalah hosting yang menggunakan banyak sumber pelayan gabungan. Ini pada dasarnya bermaksud laman web anda menggunakan sumber maya dari banyak pelayan untuk menampung semua aspek hosting laman web anda. Dengan mempunyai beban seimbang, tahap keselamatan dijaga, dan sumber perkakasan tersedia secara lalai sehingga dapat digunakan apabila diperlukan. Gabungan daripada banyak sumber pelayan dikenali sebagai “Awan”.
Cara bekerja Cloud Hosting hampir sama dengan hosting VPS malahan mempunyai keupayaan yang lebih bagus. Jika dilihat data untuk 5 tahun ini, menunjukkan peningkatan penggunaan cloud hosting di Malaysia dan baru-baru ini Telekom Malaysia telah melancarkan perkhidmatan awan yang dikenali sebagai TM One.
Dari segi harga yang ditawarkan lebih fleksible dimana anda menentukan sendiri fungsi-fungsi yang hendak digunakan dan harga ditetapkan berdasarkan pilihan yang dibuat. Sekiranya sumber daya sudah mencukupi kuota anda boleh menambah nilai dan akan mendapatkan penambahan dengan segera. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada penyedia perkhidmatan.
Cadangan Panduan Memilih Best WordPress Hosting
Setelah memahami jenis-jenis hosting untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, langkah seterusnya adalah dengan membuat pilihan berdasarkan perkara-perkara berikut:
- Kos Langganan
Untuk anda yang merupakan pertama kali hendak melanggan wordpress hosting harus menetapkan kos langganan yang sedia untuk dibayar sama ada secara bayaran bulanan atau tahunan. Banyak penyedia perkhidmatan web hosting menawarkan mengikut pakej bermula dari serendah RM 5 per bulan atau RM 30 per tahun.
Terdapat juga syarikat hosting yang menggenakan bayaran serendah RM30 per tahun dengan “Unlimited Usage” atau “Penggunaan Tanpa Had”. Nasihat kami kepada anda haruslah berhati-hati. Ini kerana tiada istilah penggunaan tanpa had didalam perkhidmatan web hosting. Terutama sekali dengan harga yang sangat murah.
Walau bagaimanapun, anda perlu membuat perbandingan harga berserta dengan pakej yang ditawarkan oleh setiap penyedia perkhidmatan. Ambillah sedikit masa untuk membuat perbandingan dan membaca testimoni pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan web hosting tersebut. Melihat profil syarikat penyedia perkhidmatan sudah berapa lama beroperasi, adakah mereka yang menjalankan perniagaan tersebut atau sekadar orang tengah sahaja.
- Perkhidmatan Sokongan Selepas Jualan Yang Berkualiti
Memandang hosting adalah perkhidmatan yang berbentuk teknikal dan tidak semua orang berkebolehan untuk mengendalikan dengan baik sekiranya berlaku sebarang masalah. Terutama sekali apabila laman web anda tidak boleh dilayari, terkena serangan malware atau virus dan yang paling parah apabila diserang oleh pengodam.
Perlu memastikan syarikat penyedia mempunyai perkhidmatan sokongan selepas jualan yang beroperasi 24/7 bagi membantu anda sekiranya menghadapi sebarang kesulitan berkaitan dengan laman web atau akaun anda. Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah dengan menghantar email atau menggunakan fungsi chat di laman web pengendali untuk menilai secepat mana mereka memberikan jawapan balas ke atas pertanyaan yang anda berikan.
- Spesifikasi dan Prestasi WordPress Hosting yang ditawarkan
Ini merupakan bahagian penting, dimana anda perlu mengetahui spesifikasi dan fungsi yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan web hosting. Senaraikan fungsi-fungsi yang anda inginkan dengan menanyakan soalan-soalan berikut:
- Adakah mendokong keperluan SSL atau HTTPS?
- Adakah boleh digunakan untuk menghostkan lebih daripada satu web WordPress?
- Adakah pengendali menyediakan kemudahan data migration?
- Adakah menawarkan domain percuma untuk pelanggan baru?
- Apakah versi mySQL dan PHP yang digunakan? Adakah ia menyokong versi yang anda gunakan?
- Adakah anda perlu memasang skrip tambahan pada masa akan datang di domain utama atau sub domain?
- Adakah membenarkan pemasangan domain atau sub domain tanpa had atau dengan had tertentu?
- Adakah anda perlu membuat pembayaran tambahan untuk membuat backup ke atas laman web?
Senarai persoalan diatas adalah sebahagian daripada senarai semak yang boleh anda gunakan sebelum memilih best wordpress hosting yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa.
Dari segi prestasi, paling utama adalah keupayaan penyedia WordPress hosting memastikan kecepatan pelayan (server), jalur lebar (bandwidth), ruangan storan yang mencukupi dan menjamin uptime sekurang-kurangnya 99%. Sekiranya menyediakan sandaran dalaman (internal backup) adalah satu kelebihan. Dengan kadar persaingan yang semakin tinggi diantara penyedia perkhidmatan ini, rata-rata syarikat pengendali menawarkan keupayaan prestasi yang hampir sama di antara satu sama lain.
Fungsi lain yang turut perlu diambil kira seperti ciri-ciri keselamatan yang disediakan, panel kawalan dan emel hosting.
Pada kebiasaan sebelum memilih mana-mana wordpress hosting kami akan melihat ruangan testimoni pelanggan. Membaca ulasan pelanggan sedia dia sekurang-kurangnya sepuluh termasuk ulasan yang memuji dan juga mengkritik. Secara tidak kami akan mendapat informasi berguna dan bagaimana pihak syarikat mengendalikan mana-mana komen yang negatif.