6 Langkah Daftar Akaun Facebook

  • 2 min read
  • Jun 19, 2021

Daftar akaun facebook, boleh dikatakan rata-rata penduduk didunia ini mempunyai akaun facebook. Dari kanak-kanak bersekolah sehinggalah peringkat umur dewasa mesti mempunyai akaun facebook yang merupakan platform sosial media terbesar didunia. Facebook juga mempunyai media sosial yang lain iaitu applikasi WhatsApp dan Instagram setiap satu mempunyai fungsi dan kegunaan tersendiri.

Di artikel ini, kami kongsikan langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar akaun facebook saya. Pendaftaraan akaun facebook baru tidak semudah seperti dahulu, beberapa ciri-ciri keselamatan telah diperkenalkan oleh facebook untuk memastikan platform facebook tidak disalahgunakan bagi aktiviti penipuan atau jenayah. Perkara penting sebelum buat akaun facebook adalah alamat emel atau nombor telefon bimbit untuk tujuan pengesahan identiti.

Ikuti 6 langkah ini untuk cara daftar akaun baru buat yang pertama kali ingin membuka akaun facebook.

Langkah Pertama – Melayari laman web www.facebook.com untuk daftar akaun facebook

Anda perlu melayari laman web facebook untuk mendaftar dengan menggunakan browser seperti Chrome, Mozilla atau aplikasi facebook. Untuk tutorial ini kami menggunakan browser Chrome bagi melakukan proses pendaftaraan. Apabila skrin seperti ini dipaparkan, klik pada butang “Cipta Akaun Baru“.

Daftar Akaun Facebook

Langkah Kedua – Melengkapkan borang pendaftaraan

Selepas klik butang “Cipta Akaun Baru“, akan muncul borang “Daftar” untuk dilengkapkan dengan maklumat asas seperti paparan skrin dibawah ini. Anda perlu mengisi maklumat Nama Pertama dan Nama Keluarga. Setelah itu isikan ruangan “Nombor mudah Alih” atau alamat “e-mel”. Untuk tutorial ini, kami menggunakan alamat e-mel untuk buat akaun facebook baru sebagai contoh. Mencipta kata laluan baru yang selamat dengan kombinasi huruf dan abjad sebaik-baiknya melebihi atau bersamaan dengan 8 aksara. Maklumat hari jadi dan jantina adalah wajib untuk dilengkapkan, setelah semuanya diisi dengan maklumat yang sepatutnya klik pada butang “Daftar“.

Langkah Ketiga – Masukkan kod daripada e-mel

Setelah maklumat asas yang diperlukan dan menekan butang “Daftar”, sistem facebook akan menjalankan proses pengesahan identiti dengan menghantar “Kod” pengaktifan ke alamat e-mel yang didaftarkan tadi. Kod ini bertujuan untuk memastikan alamat e-mel yang digunakan semasa pendaftaraan adalah milik anda. Tanpa memasukkan kod yang dihantar oleh facebook akaun facebook baru anda tidak berjaya dibuka. Kod facebook tersebut perlu dimasukkan kedalam skrin berikut;

Langkah Keempat – Menyemak e-mel untuk mendapatkan Kod

Anda perlu menyemak peti masuk e-mel yang digunakan semasa buat akaun facebook baru untuk mendapatkan kod yang dihantar oleh facebook. E-mel kod pengesahan Facebook adalah seperti di skrin ini. Sekiranya anda tidak menemuinya sila semak peti “Spam” pada email anda. Terdapat dua cara untuk melakukan pengesahan, pertama dengan klik pada butang “Sahkan Akaun Anda” atau dengan mengisi nombor kod pada ruangan yang telah telah disediakan pada halaman yang disediakan seperti yang dipaparkan pada langkah ketiga diatas.

Langkah Kelima – Mengisi kod pengesahan facebook

Setelah mengetahui kod pengesahan yang dihantar oleh facebook ke dalam e-mel yang didaftarkan, masukkan kod tersebut kedalam skrin berikut kemudian klik butang “Teruskan“.

Langkah Keenam – Proses Daftar Akaun Facebook Baru Selesai

Apabila anda klik butang “Teruskan” sistem facebook membuat proses validiti untuk mengesahkan kod yang dimasukkan padan dengan kod yang dihantar ke e-mel anda. Sekiranya tidak padan sistem facebook akan menolak dan anda perlu memohonnya sekali lagi. Setelah proses pengesahan selesai, sistem akan memaparkan halaman profile facebook anda seperti skrin dibawah ini.

Pada ruangan profile ini anda boleh mengemaskini maklumat peribadi, memuatnaik gambar dan boleh mula untuk membuat “post” pertama anda. Pastikan maklumat id pengguna dan kata laluan tidak dikongsikan kepada orang lain demi keselamatan anda. Jadi pengguna media sosial yang berhemah dengan berkongsikan perkara-perkara bermanfaat dan jauhilah daripada berkongsi berita-berita tidak pasti.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *