Google Pixel merupakan telefon pintar yang dikeluarkan oleh Google – disini kami kongsikan perbezaan kualiti kamera yang boleh dihasilkan oleh peranti ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman Saudara Syed Hadee sepanjang pengalamannya menggunakan setiap model Google Pixel dari model 1 sehingga 5 yang dikongsikan beliau di group Google Pixel Malaysia.
Anda tidak boleh mengharapkan perbezaan yang sangat ketara, ini kerana semua 12.2MP dan dari Pixel 2/XL terdapat dual Pixel PDAF dan OIS. Mudah untuk mendapatkan shot yang tajam (sharp). Perkongsian perbezaan kualiti kamera
Perbezaan Kualiti Kamera Google Pixel
Google Pixel XL
Mempunyai kamera yang cantik, satu-satunya model yang mempunyai kelebihan “backup Google Photos” dengan kualiti asli tanpa had serta tiada had waktu penyimpanan. Tiada fungsi portrait mode, tetapi terdapat fungsi blur mode. Tidak sebaik portrait mode Pixel 2. Jika GCam Stock hanya terdapat tambahan fungsi Night Sight. Anda perlu memasang (install) GCam PX untuk mendapatkan portrait mode seperti Pixel 2 dan ke atas.
Google Pixel 2 XL
Model google pixel 2 XL merupakan model pertama yang mempunyai fungsi portrait Mode dengan menggunakan keupayaan AI/Machine Learning & Visual Core dimana chip khas Google digunakan untuk membantu pemprosesan imej (image Processing). Untuk detail dan white balance lebih ke arah warm sedikit. Tetapi tidak terlalu kuning/tint oren seperti beberapa model iPhone yg mudah jadi kuning bila low light.
Sebelum model ini, model Nexus dan Pixel OG sememangnya mempunyai kualiti kamera sudah bagus.
GOOGLE 𝗣𝗜𝗫𝗘𝗟 𝟯/𝗫𝗟
Model pertama Google yang memperkenalkan Night Sight. Mempunyai Ultrawide Selfie, kualiti gambar lebih contrast, bokeh lebih cantik dan white balance ke arah cool. Terdapat Visual Core sama seperti Pixel 2/XL. Ada fungsi focus tracking, dimana model yang sebelumnya tiada fungsi tersebut.
GOOGLE 𝗣𝗜𝗫𝗘𝗟 𝟯𝗮/𝗫L
Mempunyai kualiti gambar berkualiti sama seperti model Pixel 3/3XL. Fungsi autofokus sedikit lemah kerana ketiadaan laser AF sensor dan pemprosesan imej sedikit perlahan. Kekuatan model ini ialah mempunyai ketahanan bateri yang tahan lama dan White balance sejuk sama seperti model 3/XL.
GOOGLE 𝗣𝗜𝗫𝗘𝗟 𝟰/𝗫𝗟
Pada model ini fungsi Portrait mode telah ditambah baik terutama sekali dari fungsi segi depth. White balance lebih natural, tidak terlalu warm atau cool, sesedap mata memandang, fungsi shadow sama deep seperti model Pixel 3/XL menjadikan gambar kelihatan timbul dan lebih contrast. Google meletakkan Neural Core, iaitu chip khas terbaru yang menggantikan Visual Core, ianya membantu meningkatkan keupayaan pemprosesan imej, keupayan A.I dan bannyak fungsi baru yang lain.
Fungsi astrophotography yang telah dikemaskini mempunyai kemampuan sehingga 4 minit. Merupakan model pertama yang didatangkan dengan fungsi Dual Exposure, jika anda pandai menggunakan fungsi ini dengan baik sudah pasti gambar yang bakal dihasilkan pasti lebih cantik tanpa terdapat mana-mana ada bahagian yang akan blown out. Ia merupakan satu-satunya model dengan fungsi Telephoto Lens, dengan itu kualiti zoom dan depth Portrait adalah yang terbaik jika dibanding dengan model yang lain.
GOOGLE 𝗣𝗜𝗫𝗘𝗟 𝟰𝗮
Google membawakan kualiti kamera seakan-akan model Pixel 4/XL pada model pertengahan mereka ini. Sama seperti model 3a/XL yang tiada laser Autofokus. Model ini menyokong Dual Exposure dan Astrophotography selama 4 minit. Dengan ketahanan bateri memang terbaik untuk model siri ‘A’ ini.
GOOGLE 𝗣𝗜𝗫𝗘𝗟 𝟰𝗮𝟱𝗚 / 𝗣𝗜𝗫𝗘𝗟 𝟱
Google memperkenalkan fungsi HDR Bracketing yang mana hasil gambar secara keseluruhan akan kelihatan lebih jelas dan terang, shadow tidak terlalu deep seperti pada model Pixel 3/XL dan 4/XL. Warna natural dan lebih hidup. Masih mengekalkan fungsi Dual Exposure seperti yang terdapat pada model Pixel 4/XL dan ditambah kamera kedua iaitu Ultra Wide Lens. Model ini menyokong rakaman 4K 60fps pada video biasa, Locked mode, Cinematic Pan dan Timelapse. Manakala ketahanan bateri sebaik seperti model siri ‘A’ yang lain. Astrophotography sehingga 4 minit serta mempunyai fungsi terbaru iaitu Portrait Night Sight.
Secara peribadi saya lebih setuju jika model 4a 5G ditingkatkan kualiti binaannya sama seperti model Pixel 5 dan dijadikan sebagai 5 XL. Walaubagaimana ianya tetap masih menjadi model (4a 5G) diantara yang paling terlaris jualannya pada waktu ini.
3 model bagi tahun 2020 iaitu 4a, 4a5G dan 5 tidak mempunyai visual/neural Core seperti model sebelumnya, dengan kata lain semua proses bergantung sepenuhnya pada Cip pemprosesan utama sahaja. Namun Google dilihat mampu mengekalkan fungsi Live HDR+ Dual Exposure malah dapat meningkatkan kualiti HDR pada rakaman video.
Kesimpulannya
Boleh saya simpulkan kesemua model Pixel menawarkan kualiti detail yang hampir sama. Seperti biasa, tiada perkara yang sempurna pasti ada lebih dan ada kurang bergantung situasi kerana terdapat perbezaan sedikit aperture dan focal length pada setiap model. Perbezaan lain adalah white balance yang mana perkara ni tidak ketara melainkan sekiranya anda melakukan perbandingan secara sebelah menyebelah baru akan perasan.
Untuk mendapat pelbagai fungsi kamera yang lebih dengan teknologi terkini, anda perlu memilih model yang terbaru dikeluarkan terutamanya model 4a 5G dan 5. Semua sedia maklum model Pixel OG/XL dan Pixel 2/XL sudah tidak menerima kemaskini terbaru. Walaubagaimanapun sekiranya keadaan telefon tersebut masih dalam keadaan baik dan terjaga anda masih boleh menggunakannya lagi. Perbezaannya peranti anda tersebut tidak menerima kemaskini secara dan tidak menyokong perisian Android versi terbaru.