tukar kata laluan gmail

4 Cara Mudah Untuk Anda Yang Lupa Kata Laluan Gmail

Apabila anda lupa kata laluan gmail ia mungkin menjadi mimpi buruk dan membuatkan anda menjadi gelisah seharian selagi tidak dapat mengingatinya. Kita semua tahu akaun email gmail sudah menjadi satu keperluan pada masa kini terutama apabila anda merupakan pengguna Android dan bergantung sepenuhnya dengan persekitaran Google.

Sebagaimana yang diketahui, Gmail adalah perkhidmatan e-mel percuma dan selamat yang disediakan oleh Google. Untuk menggunakan akaun Gmail, anda perlu membuat Akaun Google. E-mel anda dan maklumat lain dalam perkhidmatan Google akan disimpan di akaun anda dan diselaraskan di semua peranti anda.

2 Plihan Cara Tukar Password Gmail Untuk Anda Yang Lupa Kata Laluan Gmail

Untuk menukar kata laluan gmail ia berbeza mengikut jenis peranti yang digunakan seperti Android, Komputer dan iPhone & iPad

Sekiranya anda lupa kata laluan gmail anda, terdapat 2 pilihan cara tukar password gmail untuk mendapatkan semula akses ke akaun gmail anda. Anda boleh menetapkan semula kata laluan gmail sendiri atau menggunakan pembantu kata laluan Google yang terlupa.

Anda boleh menetapkan semula kata laluan Gmail dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Taipkan nama pengguna dan kemudian taipkan alamat e-mel yang berkaitan dengan nama pengguna tersebut.
  2. Tekan “Reset Password” dan kemudian taipkan kata laluan sementara yang baru (dan sahkan).
  3. Tandai kotak di sebelah “Tetapkan semula kod pengesahan saya” dan klik “Kirim Kod Pengesahan“. Sekarang anda akan menerima e-mel dengan arahan untuk menyelesaikan prosesnya.
  4. Sila masukkan kata laluan sementara ini apabila diminta oleh sistem, kemudian klik “Reset Password“. Pastikan kata laluan baru betul sebelum mengklik “Reset Password“.

Lupa Kata Laluan Gmail – Cara Tukar Password Gmail  atau Tetapkan Semula Kata laluan untuk Peranti Android

Ramai yang terkeliru dengan kata laluan untuk akaun Gmail dan akaun e-mel mereka. Perbezaannya adalah terdapat kunci keselamatan pada peranti Android yang tidak tersedia di Gmail versi desktop. Langkah keselamatan ini memastikan bahawa apabila telefon bimbit pengguna terkunci selama lebih dari 15 minit, secara automatik ia akan keluar dari akaun Gmail.

Ikuti langkah berikut untuk tukar kata laluan gmail di Android

  1. Di telefon atau tablet Android anda, buka aplikasi Gmail Tetapan di peranti anda > Google > Manage your Google Account (Urus Akaun Google anda).
  2. Dibahagian atas, klik pada butang “Security“.
  3. Didalam “Signing in to Google“, klik “Password“. You might need to sign in.
  4. Masukkan kata laluan gmail baru dan kemudian klik “Change Password“.

Menetapkan semula kata laluan gmail di Android

1. Ikut langkah untuk memulihkan akaun anda. Anda perlu menjawab beberapa soalan untuk mengesahkan sama ada anda pemilik akaun dan e-mel akan dihantar kepada anda. Sekiranya anda tidak menerima e-mel yang dihantar boleh lakukan langkah-langkah berikut:

  • Sila periksa folder Mel Pukal atau Spam.
  • Tambahkan alamat e-mel [email protected] di buku alamat.
  • Sekiranya anda ingin meminta e-mel lain, ikut langkah untuk memulihkan akaun atau “Recovery” .
  • Boleh juga menyemak semua alamat e-mel yang mungkin telah anda gunakan untuk mendaftar atau log masuk ke akaun anda.

2. Untuk tujuan keselamatan pastikan anda menggunakan kata laluan yang belum pernah digunakan dan simpan ditempat yang selamat.

Langkah Tukar Password Gmail  atau Tetapkan Semula Kata laluan di Komputer

Ikuti langkah berikut untuk tukar kata laluan gmail di Komputer

  • Buka akaun Google  dengan menggunakan browser Chrome di Komputer. Anda perlu untuk log masuk ke akaun tersebut.
  • Dibahagian “Security,” pilih “Signing in to Google”.
  • Klik pada “Password”. Anda mungkin perlu untuk log masuk sekali lagi.
  • Masukkan kata laluan yang baru, setelah itu pilih “Change Password”.

tukar kata laluan gmail

 

Lupa Kata Laluan Gmail

 

Tukar Password Gmail  atau Tetapkan Semula Kata laluan di iPhone dan iPad

Buat pengguna iPhone dan iPad boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk tukar kata laluan gmail.

  1. Buka aplikasi Gmail pada iPhone atau iPad anda.
  2. Di bahagian penjuru atas sebelah kanan, klik pada gambar profil > Urus Akaun Google. Jika anda tidak menggunakan aplikasi Gmail, boleh lawati myaccount.google.com.
  3. Di atas penjuru kanan, klik pada “Personal info”.
  4. Pada bahagian “Profile,” kemudian klik pada “Password”.
  5. Masukkan kata laluan gmail baru dan kemudian klik “Change Password”.

Menetapkan semula kata laluan gmail di iPhone dan iPad

1. Ikut langkah untuk memulihkan akaun anda. Anda perlu menjawab beberapa soalan untuk mengesahkan sama ada anda pemilik akaun dan e-mel akan dihantar kepada anda. Sekiranya anda tidak menerima e-mel yang dihantar boleh lakukan langkah-langkah berikut:

  • Sila periksa folder Mel Pukal atau Spam.
  • Tambahkan alamat e-mel [email protected] di buku alamat.
  • Sekiranya anda ingin meminta e-mel lain, ikut langkah untuk memulihkan akaun atau “Recovery” .
  • Semak semua alamat e-mel yang mungkin telah anda gunakan untuk mendaftar atau log masuk ke akaun anda.

2. Bagi tujuan keselamatan sila pastikan anda menggunakan kata laluan yang belum pernah digunakan dan menyalinnya pada kertas atau ditempat yang selamat.

Selepas Tukar Kata Laluan Gmail ini akan berlaku

Setelah menukar kata laluan gmail atau menetap semula katalaluan, secara automatiknya anda akan dilog keluar daripada semua peranti yang menggunakan akaun gmail tersebut kecuali perkara-perkara berikut:

  • Peranti yang anda gunakan untuk mengesahkan orang itu adalah anda semasa log masuk ke dalam akaun.
  • Sesetengah peranti yang mempunyai aplikasi pihak ketiga yang telah anda berikan akses ke atas akaun gmail.
  • Peranti rumah yang dapat membantu anda dan yang telah berikan hak akses akaun.

Check Also

Cara Menggunakan WhatsApp

Langkah demi langkah Cara Menggunakan WhatsApp Panduan 2022

WhatsApp adalah aplikasi Chat paling popular di dunia pada masa kini, tetapi cara menggunakan WhatsApp …