Cara Padam Akaun Facebook

Cara padam akaun facebook dengan mengikuti langkah-langkah yang kami kongsikan pada artikel ini. Sudah pasti anda mempunyai sebab yang tersendiri mengapa ingin delete akaun facebook. Kebelakangan ini akaun media sosial terutama sekali telah disalahgunakan untuk melakukan aktiviti jenayah seperti penipuan, mencuri identiti individu lain, scammer dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, platform media sosial seperti facebook digunakan untuk menyebarkan fitnah, menyemai kebencian dengan berita-berita palsu. Ini mungkin menjadi penyebab mengapa anda ingin padam akaun facebook anda.

Walaubagaimanapun, media sosial facebook jika digunakan dengan betul dapat memberikan manfaat diantara satu sama lain. Dengan platform ini, dapat digunakan sebagai medium pemasaran yang berkesan. Selain daripada itu, banyak fungsi-fungsi pemasaran yang disediakan oleh pihak facebook dalam membantu mengembangkan perniagaan daripada bisnis kecil sehingga syarikat multinasional.

Hasil carian yang dilakukan, kami mendapati ramai yang membuat carian cara untuk padam akaun facebook orang meninggal. Sekiranya anda mempunyai akses ke atas akaun tersebut anda boleh padam akaun facebook tersebut dengan mengikuti langkah-langkah pada artikel ini. Sekiranya tidak mempunyai akses, salah satu cara adalah dengan menghubungi pihak facebook memohon untuk delete akaun facebook yang dikehendaki itu. Facebook akan melakukan langkah-langkah verifikasi sebelum pemadaman berjaya dilakukan.

Ada juga carian yang kami temui adalah cara padam akaun facebook orang lain, rupa-rupanya adalah pengguna facebook yang berhajat untuk memadam akaun facebook orang lain. Mungkin individu tersebut mempunyai alasan yang tersendiri.

Ikuti langkah-langkah mudah berikut.

10 Langkah Padam Akaun Facebook

Langkah 1, log masuk ke dalam akaun facebook

Ini merupakan langkah penting untuk membolehkan anda delete akaun facebook dengan log masuk ke profile dengan id pengguna dan kata laluan. Anda boleh log masuk menggunakan komputer atau  telepon pintar, tutorial ini kami menggunakan komputer dengan browser google chrome.

Masukkan e-mel atau nombor telefon yang di daftarkan untuk akaun facebook yang hendak dipadam, setelah itu klik butang “Log Masuk“.

Padam Akaun Facebook

Langkah 2, Pilih Tetapan & Privasi

Setelah berjaya log masuk ke dalam akaun facebook yang hendak dipadam, klik pada gambar profile dipenjuru kanan bahagian atas seperti yang ditunjukkan didalam skrin dibawah. Kemudian klik pada “Tetapan & Privasi” tunggu sehingga skrin “Tetapan” dipaparkan.

Langkah 3, Pilih Tetapan & Privasi

Langkah berikutnya, apabila skrin Tetapan & Privasi ditetapkan adalah dengan menekan “Tetapan” seperti berikut;

Langkah 4, Skrin “Tetapan”

Apabila skrin Tetapan dipaparkan,  anda perlu memilih “Maklumat Facebook Anda” seperti paparan dibawah;

Langkah 5, Skrin “Maklumat Facebook Anda”

Pada skrin ini anda perlu klik pada “Penyahaktifan dan Pemadaman” iaitu untuk nyahaktifkan sementara atau padam secara kekal Akaun facebook anda.

Langkah 6, Skrin “Penyahaktifan dan Pemadaman”

Sekarang anda sudah berada pada paparan “Penyahaktifan dan Pemadaman” akaun facebook. Disini faceebook memberi pilihan seperti berikut;

  1. Nyahaktifkan AkaunIni bersifat sementara.
    Akaun anda akan dinyahdayakan dan nama serta foto anda akan dikeluarkan daripada kebanyakan perkara yang anda telah kongsikan. Anda boleh teruskan menggunakan Messenger.
  2. Padam Akaun
    Ini bersifat kekal. Apabila anda memadam akaun Facebook anda, anda tidak akan dapat mengambil kandungan atau maklumat yang anda kongsikan di Facebook. Messenger anda dan semua mesej anda juga akan dipadam.

Untuk artikel ini, kami memilih untuk padam akaun facebook secara kekal dan setelah itu klik pada butang “Teruskan ke Penyahaktifan Akaun

Langkah 7, Skrin “Penyahaktifan dan Pemadaman”

Setelah membuat pilihan untuk memadam akaun secara kekal, skrin Padam Akaun Secara Kekal ada dipaparkan dengan memberitahu apa yang akan berlaku setelah akaun facebook ini dipadamkan secara kekal. Facebook memberitahu semua mesej dan informasi yang terdapat pada Messenger juga akan turut terpadam kelak, walaubagaimanapun facebook memberi peluang kepada anda untuk muat turun maklumat tersebut. Klik butang “Padam Akaun” jika anda tidak sabar untuk delete akaun facebook ini secepat mungkin.

Langkah 8, Skrin “Pengesahan Pemilik Akaun”

Opss sekejap, bagi tujuan keselamatan bagi mengelakkan akaun orang lain dipadam facebook meminta anda untuk memasukkan kata laluan untuk meneruskan proses pemadaman. Setelah memasukkan kata laluan yang betul sila klik butang “Teruskan” jika kata laluan tidak betul facebook tidak akan meneruskan proses sehingga maklumat yang betul dimasukkan.

Langkah 9, Skrin “Sahkan Pemadaman Akaun Secara Kekal”

Okay, ini merupakan langkah terakhir didalam proses ini, tengok bukan senang facebook hendak beri anda delete akaun facebook siap pujuk lagi supaya akaun ini tidak dihapuskan. Cuba baca ayat pujuk rayu daripada facebook, siap masa 30 hari yang diberikan meminta anda untuk berfikir dan boleh mengaktifkan semula akaun ini didalam tempoh yang diberikan. Sudah baca boleh klik butang “Padam Akaun“.

Anda akan memadamkan akaun anda secara kekal. Sekiranya anda sudah bersedia untuk memadamnya, klik Padam Akaun. Selepas anda menyerahkan akaun anda untuk dipadamkan, anda mempunyai 30 hari untuk mengaktifkan semula akaun anda dan membatalkan pemadaman. Selepas 30 hari, proses pemadaman akan bermula dan anda tidak akan boleh mendapatkan semula sebarang kandungan atau maklumat yang anda telah tambah“.

Setelah itu skrin seperti dibawah akan dipaparkan.

Diharapkan anda berjaya memadamkan akaun facebook dengan jayanya. Sekiranya bermanfaat boleh kongsikan artikel ini.

Check Also

Cara Menggunakan WhatsApp

Langkah demi langkah Cara Menggunakan WhatsApp Panduan 2022

WhatsApp adalah aplikasi Chat paling popular di dunia pada masa kini, tetapi cara menggunakan WhatsApp …