Cara Daftar Akaun Gmail Baru dengan Mudah

Cara daftar akaun gmail baru adalah sangat mudah sekali. Untuk mendaftar akaun gmail boleh dilakukan dengan menggunakan komputer, komputer riba atau peranti telefon pintar. Sekiranya anda pengguna Android, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai akaun gmail terlebih dahulu sebelum anda boleh mengakses atau menggunakan peranti tersebut.

Dengan adanya akaun gmail, anda boleh mengakses aplikasi-aplikasi yang dipunyai oleh google seperti Youtube, Blogger, Google Meet, Google Maps dan pelbagai lagi produk-produk yang miliki oleh google. Boleh dikatakan akaun gmail ini merupakan kunci kepada produk google. Boleh dikatakan email gmail merupakan yang paling meluas digunakan dan stabil dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan.

Pada artikel ini, kami akan berkongsikan cara daftar akaun gmail dengan menggunakan komputer/laptop yang sangat mudah untuk diikuti.

Langkah 1, membuka laman web www.gmail.com untuk daftar akaun Gmail baru

Langkah pertama dengan membuka laman web www.gmail.com untuk mula mendaftar akaun gmail baru bagi membolehkan untuk mengakses dan menggunakan fungsi-fungsi dan produk yang dipunyai oleh google.

Apabila paparan seperti dibawah ini dipaparkan, sila klik pada butang “Buat akaun” untuk memulakan proses pendaftaraan.

Manakala sekiranya, skrin ini dipaparkan klik pada butang “Buat akaun” seperti digambar dibawah ini.

daftar akaun gmail baru

Langkah 3 Melengkapkan Maklumat Indentiti

Setelah klik pada butang tersebut, seterusnya skrin “Buat Akaun Google Anda” seperti dibawah ini akan dipaparkan. Ruangan pertama anda diminta untuk mengisi maklumat Nama Pertama dan Nama Keluarga. Boleh memasukkan apa jua nama yang disukai walaubagaimanapun lebih dibagus diletakkan nama anda sebagai identiti pemilik akaun gmail.

Setelah itu, perlu menetapkan alamat akaun gmail, sistem secara automatik akan menolak sekiranya nama tersebut sudah digunakan, disini anda harus memilih nama yang unik tiada didalam rekod google. Anda boleh menggabungkan huruf, nombor atau noktah sebagai contoh allysa.rayyan21@gmail.com.

Berikutnya menetapkan kata laluan untuk akaun gmail anda dengan menggunakan sekurang-kurangnya 8 aksara gabungan huruf, nombor dan simbol. Apabila kata laluan telah ditetapkan sila klik pada butang “Seterusnya”.

Langkah 4 Mengisi Maklumat Untuk Tujuan Pengesahan Keselamatan

Bagi tujuan keselamatan dan pemulihan akaun email gmail anda, google memberikan pilihan kepada anda untuk memasukkan Nombor Telefon atau alamat e-mel yang lain pada ruangan yang disediakan. Google mengesahkan maklumat nombor telefon ini tidak boleh dilihat oleh orang lain. Jika tidak mahu untuk mengisi maklumat ini, google masih membenarkan anda untuk daftar masuk akaun gmail.

Mengisi maklumat nombor telefon adalah berguna bagi tujuan pengesahan identiti dan juga apabila ingin mengakses akaun gmail anda di telefon pintar. Biasanya google akan menghantar notifikasi pada nombor telefon bagi tujuan pengesahan identiti.

Adalah penting untuk memasukkan alamat e-mel lain ini, ia bertujuan untuk e-mel pemulihan sekiranya anda terlupa kata laluan atau mempunyai masalah untuk masuk ke akaun gmail anda. Dengan adanya maklumat alamat e-mel pemulihan ini sistem google akan menghantar e-mel pengesahan identiti sebagai bukti anda adalah pemilik kepada akaun tersebut. Pihak google juga akan menghantar email notifikasi sekirannya akaun tersebut diakses menggunakan peranti lain ini sebagai langkah keselamatan.

Ruangan seterusnya yang perlu diisi adalah maklumat tarikh lahir dan jantina. Maklumat ini perlu dilengkapkan sekiranya tidak google akan mengeluarkan notifikasi untuk mengisinya. Pada ruangan jantina boleh memilih untuk tidak memberitahu jantina sebenar anda. Apabila lengkap diisi maklumat yang diperlukan klik pada butang “Seterusnya“.

Langkah 5 Bersetuju Dengan Dasar Privasi dan Syarat

Ini merupakan langkah terakhir sebelum akaun gmail baru selesai didaftarkan. Anda perlu membaca dan memahami syarat-syarat yang dinyatakan, sekiranya bersetuju klik pada butang “Saya Setuju”. Ini bermakna anda mempersetujui segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak google apabila anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya.

 

 

Langkah 6 Daftar Akaun Gmail Baru Selesai

Setelah bersetuju dengan dasar privasi dan syarat-syarat yang ditetapkan bermakna akaun gmail baru selesai didaftarkan. Anda boleh menggunakan alamat akaun email gmail ini untuk akses semua produk atau aplikasi yang dipunyai oleh google.

Untuk langkah keselematan pastikan kata laluan akaun gmail anda tidak dikongsikan kepada orang lain yang mungkin ada disalahgunakan.

 

Check Also

Cara Menggunakan WhatsApp

Langkah demi langkah Cara Menggunakan WhatsApp Panduan 2022

WhatsApp adalah aplikasi Chat paling popular di dunia pada masa kini, tetapi cara menggunakan WhatsApp …