3 Cara Buat Link Whatsapp dengan Mudah dan Pantas (2021)

Ramai peniaga Online atau Offline telah menggunakan aplikasi Whatsapp untuk membuat kempen pemasaran dan juga membuat proses jual beli dengan pelanggan. Untuk artikel kali ini kami di teknologeek akan berkongsikan cara buat link whatsapp denga mudah dan pantas. Dengan adanya link whatsapp ini, bakal pembeli tidak perlu menyimpan nombor whatsapp anda terlebih dahulu apabila ingin membuat perhubungan buat pertama kali dan sudah pasti sangat membantu dan memudahkan.

Link whatsapp ini akan membantu apabila peniaga membuat promosi melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, ramai bakal pembeli merasa amat menyukarkan sekiranya perlu menyimpan nombor whatsapp terlebih dahulu sebelum boleh membuat pembelian ianya sangat melecehkan. Dengan menggunakan link whatsapp ini, sudah pasti jualan promosi yang dilakukan akann meningkat dari sebelumnya.

Di artikel ini kami akan menerangkan cara-cara untuk membuat link whatsapp dengan mudah dan cepat serta kelihatan profesional bagi meningkatkan jenama perniagaan anda.

3 Cara Buat Link Whatsapp dengan Mudah

Cara Buat Link Whatsapp dengan “https://wa.me”

Ini merupakan cara buat whatsapp link berdasarkan link rasmi Whatsapp iaitu “wa.me” dan api.whatsapp.com. Disini teknologeek akan menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat link seperti berikut:

Langkah 1 – Salin struktur link utama berikut

https://wa.me/6

Struktur link diatas adalah untuk pengguna yang menggunakan kod negara ‘6’ yang mewakili nombor Malaysia. Setiap negara mempunyai kod negara masing-masing seperti “62”- Indonesia dan seterusnya. Senarai lengkap kod negara boleh merujuk ke website countrycodes.org, sila pastikan nombor “0” dan simbool “+” tidak digunakan.

Langkah 2 – Masukkan Nombor WhatsApp selepas Kod Negara

Untuk memasukkan Nombor WhatsApp sila pastikan simbol “-“ atau “+” dan jarak tidak dimasukkan sekali. Sebagai contoh 0177255363 akan menjadi seperti berikut:

https://wa.me/60177255363

Secara asasnya Link whatsapp telah berjaya dihasilkan. Sekiranya anda seorang peniaga online sudah semestinya hendak meletakkan text bagi memudahkan urusan.

Langkah 3 – Menambahkan text pada link Whatsapp

Format untuk menambahkan text pada link Whatsapp yang adalah seperti berikut:

https://wa.me/60123456789?text=

Bagi memudahkan proses meletakkan text tersebut sila gunakan Encodekan mesej tersebut di laman website Encode (klik).

Sebagai contoh text yang ingin dimasukkan adalah “Saya berminat” , masukkan text ini ke dalam ruangan yang disediakan kemudian tekan butang “Encode”. Setelah itu salin hasil encode tadi dan diletakkan didalam link whatsapp seperti dibawah ini.

https://wa.me/60123456789?text=Saya%20Berminat

Begitulah cara buat whatsapp link berserta dengan text menggunakan api whatsapp “wa.me”

Cara Buat Link Whatsapp melalui www.wasap.my

Langkah pertama adalah dengan meletakkan nombor whatsapp dibahagian hujung link seperti contoh berikut:

http://www.wasap.my/+60197247856

Ikuti langkah kedua sekiranya ingin menambahkan text atau mesej pada link whatsapp boleh ikuti langkah-langkah berikut:

http://www.wasap.my/+6[NoTelefonAnda]/[AyatAnda]

http://www.wasap.my/+60197247856/SayaBerminat

Anda perlu mencuba beberapa kali sekiranya tidak berjaya. Untuk memendekkan atau menyembunyi link whatsapp ini boleh menggunakan link shortener seperti bit.ly dan lain-lain.

Sekiranya cara buat link Whatsapp dengan menggunakan kaedah diatas tidak berjaya atau merumitkan, anda boleh untuk menggunakannya sistem wasap dengan melayari laman web www.wasap.my kemudian paparan seperti berikut akan dipaparkan. Klik pada Login: http://manage.wasap.my

 

Cara Buat Link Whatsapp

Anda perlu membuat akaun di laman web ini terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya.

Cara Buat Link Whatsapp dengan wasap.my

Paparan antaramuka untuk membuat link whatsapp anda, lengkap ruangan yang disediakan.

Dengan menggunakan sistem wasap.my ini, akan memudahkan proses untuk membuat link didalam masa yang sama terdapat fungsi-fungsi tambahan yang boleh membantu peniaga online membuat pemantauan untuk meningkatkan strategi marketing. Perkhidmatan ini ditawarakan secara percuma dan juga berbayar.

Cara Nak Buat Link Whatsapp Dengan Bit.ly

Langkah yang seterusnya adalah mengemaskan link whatsapp yang telah dibuat menggunakan wa.me dan wasap.my supaya link tersebut menjadi bertambah kemas dan cantik serta menarik kepercayaan pembeli.

Cara Nak Buat Link Whatsapp Dengan Bit.ly

Dengan menggunakan bit.ly anda boleh memendekkan link whatsapp dan memperkemaskan menjadi kostum link seperti contoh berikut:

Format : https://bit.ly/(bergantung kepada kreativiti anda)

Contoh link: https://bit.ly/whatsapp-teknologeek

Selain daripada itu anda boleh membuat Analisa kempen yang mendapat sambutan atau tidak. Dengan itu dapat membantu untuk kempen yang berikutnya. Untuk menggunakan fungsi-fungsi tersebut anda perlu mendaftar di laman web app.bitly.com.

Kami di teknologeek mengharapkan langkah-langkah mengenai cara buat link whatsapp di artikel ini dapat membantu dalam menghasilkan link whatsapp yang kelihatan professional dan mengikut citarasa anda. Sudah pasti denga adanya link whatsapp ini, kerja-kerja promosi akan menjadi lebih mudah dan meningkatkan jenama perniagaan anda.

Check Also

Cara Menggunakan WhatsApp

Langkah demi langkah Cara Menggunakan WhatsApp Panduan 2022

WhatsApp adalah aplikasi Chat paling popular di dunia pada masa kini, tetapi cara menggunakan WhatsApp …