Aplikasi pemesejan seperti WhatsApp sesuai untuk berkongsi foto dan video terus telefon pintar dengan mudah dan pantas. Walaubagaimananpun, bukan setiap foto dan video perlu dimuat turun secara automatik ke storan telefon pintar anda. Jika semuanya dimuat turun secara automatik, ruangan storan akan cepat dipenuhi dengan foto dan video dari WhatsApp yang sudah maklum tidak semuanya perlu dimuat turun. Lebih menjengkelkan dan memenatkan kerana anda perlu menghabiskan banyak masa untuk memadamkan setiap imej dan video tersebut. Jadi bagaimana menghentikan WhatsApp muat turun foto dan video secara automatik?
Di artikel kali, teknologeek.net akan berkongsikan cara-cara yang sangat mudah untuk dilakukan.
Untuk menghentikan WhatsApp daripada menyimpan foto dan video, pergi ke kenalan dan klik nama mereka di bahagian atas skrin. Tatal ke bawah sehingga anda melihat Simpan ke Gulungan Kamera. Klik padanya dan anda akan mendapat tiga pilihan – Default (On), Always dan Never. Anda pilih apa yang anda mahu. Malangnya, anda perlu melakukan proses ini untuk setiap kenalan. Tiada sekali Tetapan (Setting) untuk semua orang.
Bagaimana Menghentikan WhatsApp Muat Turun Foto dan Video Secara Automatik
Pada versi terkini, bagi tujuan menyimpan foto dan video secara automatik WhatsApp telah memperkenalkan dua kaedah iaitu secara keseluruhan atau berasingan mengikut kenalan.
Kaedah pertama secara keseluruhan,
Sekiranya anda mengaktifkannya setiap foto dan video yang diterima akan disimpan atau dimuat turun secara automatik ke dalam ruangan storan di folder Gallery (Android) dan Camera Roll (iPhone). Untuk melakukannya ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pada Tetapan (Setting), kemudian pilih Sembang (Chats)
Pada skrin Chats terdapat tombol “Save to Camera Roll”, sekiranya anda menolak tombol dan bertukar warna hijau setiap foto dan video yang diterima akan disimpan secara automatik.
Kaedah kedua mematikan untuk setiap kenalan secara individu satu per satu.
Pada Android atau iOS, pilih kenalan yang ingin anda ubah muat turun media dan tap pada nama mereka di bahagian atas skrin.
Tatal ke bawah sehingga anda melihat Simpan ke Gulungan Kamera (Save to Camera Roll). Klik untuk memilihnya.
Aplikasi WhatsApp memberikan tiga pilihan bagi penyimpanan data gambar dan video iaitu Default (On), Always (Sentiasa) dan Never (Tidak Sekali). Anda boleh membuat pilihan mengikut keperluan atau keinginan. Fikirkan juga ruangan storan di telefon pintar anda sebelum membuat sebarang pilihan.
Secara lalai (Default), ciri ini memang diaktifkan, WhatsApp memberikan pilihan kepada pengguna untuk semua orang dalam senarai kenalan WhatsApp akan didayakan untuk muat turun media secara automatik. Sekira anda menginginkan semua kenalan tersebut kemudiannya boleh ditukar kepada (Never), Default (On) akan bertukar kepada Default (Off).
Soalan-soalan yang sering ditanya Bagaimana Menghentikan WhatsApp Muat Turun Foto dan Video Secara Automatik
1. Bolehkah saya menyahaktifkan muat turun media secara automatik untuk beberapa kenalan tetapi bukan yang lain?
- Ya. Ini perlu diubahsuai setiap kenalan. Malangnya, anda tidak boleh membuat tetapan untuk semua kenalan secara sekaligus.
2. Bolehkah saya menyahaktifkan muat turun media secara automatik pada versi Desktop dan Aplikasi Web?
- Tidak, tetapi aplikasi desktop dan web tidak memuat turun media ke komputer anda secara lalai (Default).